Thursday, July 8, 2010

Peribahasa Ting. 4



senang bersama-sama.4. meninggi diriMaksud : Sombong5. bermuka duaMaksud : Tidak jujur.6 baik hatiMaksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).7. tulang belakangMaksud : Punca kekuatan/ orang harapan8. bara yang digenggam biar sampai jadi arangMaksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.9. bagai kaca terhempas ke batuMaksud : Sangat sedih atau kecewa.10. melentur buluh biarlah dari rebungnyaMaksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggiMaksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat12. seperti lembu dicucuk hidungMaksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjingMaksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di airMaksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.15. terang hatiMaksud : Lekas pandai.16. rendah hatiMaksud : Tidak sombong17. murah hatiMaksud : Pemurah.18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panasMaksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.19. Tangan kosongMaksud : Hampa.
Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5
1. lintah daratMaksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.2. bagai aur dengan tebingMaksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.3. anak dagangMaksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiriMaksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantaiMaksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah6. indah khabar daripada rupaMaksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecahMaksud : Pengagihan yang sama banyak.8. bukit sama didaki, lurah sama dituruniMaksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.9. kacang lupakan kulitMaksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungMaksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguakMaksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuaMaksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..13. memerah otakMaksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyaMaksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudianMaksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayangMaksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukitMaksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.18. bak cendawan tumbuh selepas hujanMaksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciranMaksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.21. mencari jalanMaksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.22. biar mati anak, jangan mati adatMaksud : orang yang kuat perpegang pada adat.23.sediakan payung sebelum hujanMaksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.24. berbesar hatiMaksud : Gembira.25. anak buahMaksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.26. tuan rumahMaksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara27. yang lama dikelek, yang baharu didukungMaksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.28. batu penghalangMaksud : Halangan29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikanMaksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.30. bagai ikan pulang ke lubukMaksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
(Sumbangan seorang pelajar dari KL yang tidak mahu dikenali. Terima kasih)
Ke Menu Utama

Wednesday, July 7, 2010


Selamat Datang Blog nasriyunos

Assalamualaikum dan salam sejahtera sebagai pembuka bicara..

SELAMAT DATANG ke Blog saya. Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Blog ini dihasilkan semata-mata untuk tujuan peribadi saya. untuk menceritakan kisah saya.
Sekianlah cerita ringkas saya